klik supaya saye leh beli guinea pig sheltie..lalala..;p

Tuesday 12 April 2011

Sejarah Guinea Pig

Assalamualaikum

Hai, kita kembali lagi dalam rancangan terjah guinea pig!

Hahahaha..okeh, serius serius.

Baiklah, sebagai permulaan, mari kita menyusur sejarah guinea pig. Setelah mengusha beberapa artikel di internet, maka inilah serba sedikit sejarah guinea yang aku dapat.

Di Malaysia, guinea pig juga dikenali sebagai tikus belanda atau arkus(campuran perkataan tikus dan arnab)

Guinea pig ni bukan berasal dari negara Guinea, walaupun bernama guinea pig. Dan bukan juga dari keluarga babi, khinzir atau yang sewaktu dengannya. Guinea Pig dikategorikan sebagai mamalia rodent dari family Caviidae,genus Cavia. Nama saintifik untuk guinea pig adalah Cavia porcellus.  Haa, berbelit tak lidah nak sebut. Kita panggil guinea pig jelah, habis cerita. Haha.

Guinea pig ini dijumpai oleh pedagang Spanish, di wilayah Andean, selatan Afrika. Mereka tidak dapat menahan diri melihat kecomelan haiwan ini, lantas menciloknya! Haha..over pulak.MySpace 
Diorang amik bawak balik dan komersialkan guinea pig kat tempat diorang. Sejak itu, guinea pig ini menjadi haiwan peliharaan yang sangat popular. Ade juga pendapat lain mengatakan guinea pig juga dijumpai di Gunung Andes, Peru.

Terdapat pelbagai jenis guinea pig, seperti american, abbysinian, sheltie, rex, teddy, peruvian, dan banyak lagi la. Takpe takpe, jangan risau. Nanti aku akan buat entry khas untuk jenis jenis guinea pig, beserta gambar sekali.

Untuk pengetahuan korang, guinea pig ni takde ekor tau, bukan macam tikus kat rumah seperti cencurut tu. Yang tu kalau sua kat aku pun tak cukup tanah aku melompat nanti sebab geli. Haha.. Dan tikus yang liar biasanya membawa penyakit. Sebab dah terdedah kepada persekitaran. Contoh la kan, macam leptospirosis tu, disebarkan melalui air kencing tikus. Tapi, guinea pig bukan macam tu okeh. Sila jangan salah paham. (tetiba emo..haha) Sebab guinea pig spesies stricly vegeterian. Kalau dibandingkan dengan tikus lain, guinea pig tak makan benda yang merapu. Hanya sayur-sayuran sahaja. So, untuk yang tak makan sayur tu, belalah guinea pig supaya korang pun terikut-ikut untuk makan sayur..hahaha.

Tambahan, guinea pig ni diurnal. Maksudnya jaga waktu siang, tido waktu malam.

Okeh,serba sedikit mengenai guinea pig yang aku dapat share kali ini. Berjumpa lagi pada episod akan datang.;p



Tata.

1 comment:

Budak Kampung Jamuan said...

org yg duk kat gunung andes di peru tu sukeeeee sangat ginnie pik...wat "rendang"..hahah..meleleh air liur dorang tgk ginnie pik plump mcm dlm gambar tu..keh keh keh..