klik supaya saye leh beli guinea pig sheltie..lalala..;p

Tuesday 12 April 2011

Sejarah Guinea Pig

Assalamualaikum

Hai, kita kembali lagi dalam rancangan terjah guinea pig!

Hahahaha..okeh, serius serius.

Baiklah, sebagai permulaan, mari kita menyusur sejarah guinea pig. Setelah mengusha beberapa artikel di internet, maka inilah serba sedikit sejarah guinea yang aku dapat.

Di Malaysia, guinea pig juga dikenali sebagai tikus belanda atau arkus(campuran perkataan tikus dan arnab)

Guinea pig ni bukan berasal dari negara Guinea, walaupun bernama guinea pig. Dan bukan juga dari keluarga babi, khinzir atau yang sewaktu dengannya. Guinea Pig dikategorikan sebagai mamalia rodent dari family Caviidae,genus Cavia. Nama saintifik untuk guinea pig adalah Cavia porcellus.  Haa, berbelit tak lidah nak sebut. Kita panggil guinea pig jelah, habis cerita. Haha.

Guinea pig ini dijumpai oleh pedagang Spanish, di wilayah Andean, selatan Afrika. Mereka tidak dapat menahan diri melihat kecomelan haiwan ini, lantas menciloknya! Haha..over pulak.MySpace 
Diorang amik bawak balik dan komersialkan guinea pig kat tempat diorang. Sejak itu, guinea pig ini menjadi haiwan peliharaan yang sangat popular. Ade juga pendapat lain mengatakan guinea pig juga dijumpai di Gunung Andes, Peru.

Terdapat pelbagai jenis guinea pig, seperti american, abbysinian, sheltie, rex, teddy, peruvian, dan banyak lagi la. Takpe takpe, jangan risau. Nanti aku akan buat entry khas untuk jenis jenis guinea pig, beserta gambar sekali.

Untuk pengetahuan korang, guinea pig ni takde ekor tau, bukan macam tikus kat rumah seperti cencurut tu. Yang tu kalau sua kat aku pun tak cukup tanah aku melompat nanti sebab geli. Haha.. Dan tikus yang liar biasanya membawa penyakit. Sebab dah terdedah kepada persekitaran. Contoh la kan, macam leptospirosis tu, disebarkan melalui air kencing tikus. Tapi, guinea pig bukan macam tu okeh. Sila jangan salah paham. (tetiba emo..haha) Sebab guinea pig spesies stricly vegeterian. Kalau dibandingkan dengan tikus lain, guinea pig tak makan benda yang merapu. Hanya sayur-sayuran sahaja. So, untuk yang tak makan sayur tu, belalah guinea pig supaya korang pun terikut-ikut untuk makan sayur..hahaha.

Tambahan, guinea pig ni diurnal. Maksudnya jaga waktu siang, tido waktu malam.

Okeh,serba sedikit mengenai guinea pig yang aku dapat share kali ini. Berjumpa lagi pada episod akan datang.;p



Tata.

Monday 11 April 2011

Pengenalan

Assalamualaikum.

Hai, aku seorang yang sangat sukakan guinea pig, atau dalam bahasa melayu nya lebih dikenali sebagai tikus belanda, bukan babi guinea ya kawan2. So, ianya HALAL. ;p

Dalam blog ni, aku akan cuba berkongsi pengetahuan mengenai guinea pig, atau ringkasnya piggie sebagai haiwan peliharaan.

Blog mengenai anjing dan kucing kan dah banyak, dan aku dapati amatlah kurang info mengenai guinea pig ini di dalam blog  berbahasa melayu. Kalau omputih tu berlambak2.

Dalam jagaan aku, 2 ekor piggie yang bernama kiki dan ucop. Aku akan cerita based on pengalaman aku bela mereka ni dan reading aku melalui info2 dari internet atau sewaktu dengannya.



lebih kurang macam ni lah rupa ucop yang aku bela..x)





Aku harap blog ni dapatt membantu mereka yang baru berjinak2 nak bela piggie ni. Sebab kat malaysia ni piggie ni tak berapa famous sangat seperti haiwan peliharaan yang lain.

But, once you know them, they are very lovable creature.

Okeh, intro yang serba ringkas dari aku. Tata.